Broadband Terbaik

Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang dihormati sekalian, agak lama aku tak update blog ni dengan idea sendiri, kalu ada pun just iklan saje.


Oklah, hari ni aku nak bincang pasal topik yang agak menarik iaitu Broadband terbaik dan paling berbaloi anda langgani. untuk pengetahuan pembaca sekalian. aku sudah menggunakan ketiga-tiga penyedia Broadband utama Malaysia, iaitu Celccom, Maxis, Digi. Dan sepanjang aku menggunakan ketiga-tiga servis ini, aku dapat memberikan sedikit review tentang ketiga-tiga Telco ini.

Ok, untuk anugerah Telco Terbaik bagi perkhidmtan Broadband ini, aku berikan kepada Maxis Broadband. Tempat kedua adalah Digi Broadband dan tempat terakhir adalah Celcom Broadband.



Kenapa aku pilih Maxis Broadband sebagai penyedia Broadband Terbaik Malaysia? Ini adalah kerana speed Maxis Broadband memang mengagumkan. Rangkaian pun luas. kat daerah perkampungan pun maxis ada 3G. Kelemahan utama Maxis adalah Bandwitch yang sikit, bila habis bandwitch terus jadi siput.



Digi Broadband pula mendapat tempat kedua kerana kelajuaannya memuaskan, namun coverage amat mendukacitakan.



Celcom Broadband is the worst ever Broadband in the world. Baik pakai dial-up daripada guna Celcom ni. Iklan je lebih, speed mengalahkan siput babi. Kepada mereka-mereka yang berminat menggunakan Celcom Broadband, baik lupakan niat anda jika tidak anda akan merana melayari internet macam kura-kura.

Rasanya setakat ini sahaja tulisan aku hari ni.

* Segala pandangan adalah berdasarkan pengalaman penulis pada waktu dan masa penulis gunakan perkhidmatan tersebut. Kemungkinan perkhidmatan akan berubah mengikut penambahbaikan Telco.
* Dengar cerita, Celcom Broadband hanya laju di segitiga emas Kuala Lumpur Sahaja. Tempat lain, hampeh.
* Penulis masih belum menggunakan perkhidmatan YES dan Umobile. Dengar cerita, 2 Telco ini agak memuaskan.

3 ulasan:

  1. Strept Akiera Says:

    Umobile terbaek gak... tapi x tau la kat area luar bndar mcm mana... so far, aku guna mmg ok.

    Posted on 2 Disember 2011 2:50 PTG  

    Afif Sukri Says:

    UMobile memang terbaik, tapi setakat ni saya guna maxis unlimited 150/month (pakej lama). puas hati.

    Posted on 14 Disember 2011 8:03 PTG  

    azli7079 Says:

    serius..u mobile mmg trbaik gk..kelajuan die mengalahkan internet kt ofis aku kt putrajaya. aku menyewa ruma kt dlm hutan punye area pn kelajuan u mobile masih memuaskan, bila balek kg, line 3g x de, tpi automatik die btukar ke celcom hspa. kire ok lh...masih bole jalan..

    Posted on 19 Disember 2011 1:17 PTG  

Catat Ulasan

CATATAN TERBARU!!!

ARKIB CATATAN