Bagaimana memeriksa telco yang digunakan?

Seringkah anda mengeluh kerana kerugian kredit apabila membuat panggilan kepada rakan anda yang bernombor 013, namun no tersebut sebenarnya maxis? Sejak adanya no MNP, susah untuk kita mengenalpasti, talian apakah yang rakan kita gunakan.

Dalam catatan kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda tentang cara-cara untuk memeriksa talian rakan anda samaada beliau menggunakan Celcom, Maxis, Digi atau U-Mobile.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, menyediakan no hp daripada keempat-empat telco tersebut. Ini kerana, cara ini hanya boleh memastikan no rakan anda itu sama talian atau tidak dengan anda. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Celcom, lalu anda memeriksa no rakan anda. Celcom hanya Reply antara No itu sama talian atau tidak sahaja. Jika tidak sama talian, ia tidak menyatakan no itu dari talian telco mana.

Ok, jom kita bermula.

1. Celcom

Celcom Axiata

Sms : CHECK <no> & hantar ke 22099

Contoh : CHECK 0131234567 hantar ke 22099

2. Maxis

maxis

Sms : CHECK <no> & hantar ke 22011

Contoh : CHECK 0171234567 hantar ke 22011

3. Digi

digi_mnp

Sms : CHECK <no> & hantar ke 2000

Contoh : CHECK 0161234567 hantar ke 2000

4.U-Mobile

u_mobile_mnp

Sms : CHECK <no> & hantar ke 228011

Contoh : CHECK 0181234567 hantar ke 28011

 

Anda akan diberi jawapan samada no itu sama talian dengan anda atau tidak. Tiada caj dikenakan bagi servis Check MNP ini.

 

Yang Menaip:

AfifSukri…

 

* Kalau nak mudah lagi, boleh cek kat sini: http://mnpcheck.skmm.gov.my/MNPQuery.aspx

** Nak jimat kredit???

KLIK SINI UNTUK TAHU CARA BERJIMAT KREDIT ANDA

Smile with tongue out

0 ulasan:

Catat Ulasan

CATATAN TERBARU!!!

ARKIB CATATAN