Cara membezakan set ap & original

IMEI NUMBER

Kembali lagi ke blog AfifSukri. Hari ni afif ingin berkongsi maklumat bagaimana membezakan antara henset Original & AP set. Maklumat ini dikutip dari Internet. Kasahihan dan kemaskini tidak diketahui. Namun ini adalah asas bagi membezakan Set Ori dan Set AP.

Cara-caranya adalah :

1. Ambil henset dan keluarkan casing dan bateri.

- Lihat Sticker pada bateri dan henset. Set Original mempunyai sticker seperti Zitron, Avaxx, I-mobile, Midlands, T-Choice, Grandtech, Thorus, FMG, MDM dan lain-lain.

- Set AP mempunyai sticker seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain.

2. Tekan *#06# dan periksa nombor IMEI henset tersebut (16 digit)

- Bandingkan nombor IMEI tersebut dengan nombor IMEI yang tercatat di belakang henset (tempat letak bateri) dan Sticker pada kotak henset (yang digunakan untuk lekatkan pada kad waranti).

- Jika nombor IMEI itu sama, maka henset anda adalah Set Original.

- Jika nombor IMEI berlainan, maka henset itu adalah Set AP.

Diharap maklumat yang dikongsikan dalam blog ini mampu memberi manfaat kepada pembaca-pembaca blog sekalian. Kesahihan maklumat ini tidak dapat dipastikan 100% kerana afif bukan orang yang ahli dalam bidang ini.

 

Yang Menaip,

AfifSukri…

0 ulasan:

Catat Ulasan

CATATAN TERBARU!!!

ARKIB CATATAN