Nokia x1-01: Ulasan Ringkas

Dua hari lepas, ambo beli Nokia x1-01. Semuanya gara-gara i-mobile ie 6010 masuk workshop (waranti) pasal Adroid Market tak boleh download apps, dia lekat dekat starting download.

Selama dua hari guna hp ni, bolehla ambo bagi ulasan ringkas pasal hp ni. Ni gambar hp tersebut. Ambo bukan peminat warna merah, tapi sebab kedai tu tinggal ni je hp x1-01. Terpaksalah beli warna ni… hehehe

X1 depan

X1 merah

Berikut adalah sedikit komen ambo tentang hp ni:

Kelebihan:

1. Boleh masuk dua sim, jimat kos & ruang poket anda. Boleh guna mengikut Telco & tak payah bawak dua hp.

2. Design memudahkan penggunaan, terutama sms atas motor (dilarang meniru aksi ini). Hp touchscreen @ qwerty amat susah nak sms atas motor sbb kena pakai dua tangan… hehehe.

3. Warna yang menarik. Ada biru, kuning, merah. Yang lain tak pasti.

4. Boleh masuk SDcard sehingga 32GB(kurang pasti). Guna 2GB je. Memori ni khas untuk simpan lagu.

5. Bateri tahan lama. Start beli, sampai hari ni. Dah dua hari setengah, bateri masih tahan walaupun tak pernah cas. Sekarang baru cas.

6. Speaker kuat. Memang best utk dengar lagu & bagi mereka yang pekak. Hp ni memang untu muzik. Ambo xdengar mana lagu-lagu ni. Radio tu dengar la.

Kekurangan:

1. Boleh simpan 500 no rakan je. Orang bisnes, mana cukup 500 ni.

2. Agak slow & payah nak cari SMS kat inbox.

3. Isyarat talian kurang stabil. Dua talian bergaduh, Selalunya ok. Kadang-kadang sim satu isyarat ko, satu lagi ok.

4. Jika no rakan simpan dalam sim (bukan hp). Kadang-kadang hp ni tak detect no tu masa kita cari. Terpaksa keluar balik dari carian, tunggu seminit, cari lagi. baru jumpa.

 

Ha… Amacam, ok tak hp ni? Jangan diberi harapan tinggi sangat kat hp ni, padan dgn harga. Harga sekarang dalam RM135. Ambo pun boleh bekalkan kalau nak. Hehehe…

Oklah, setakat ini dulu ulasan kali ni, jumpa lagi di lain hari…

 

Yang Menaip:

AfifSukri

 

*ambo = saya (bahasa kelantan)

0 ulasan:

Catat Ulasan

CATATAN TERBARU!!!

ARKIB CATATAN